Hari ni Arfah nk kongsi citer psl meowwwww...harap2 sahabat smua sudi-sudi bca yerr..
Setiap kali baginda menerima tetamu di rumah, baginda selalu
memangku Mueeza di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang baginda suka ialah, ia
selalu mengiau ketika mendengar azan seolah-olah nyahut suara azan. Baginda
juga berpesan kepada para sahabat agar menyayangi kucing peliharaan seperti
menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini adalah sangat
berat.Di dalam sebuah hadis shahih Al bukhori, dikisahkan tentang
seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula
melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri. Justeru, Nabi Muhammad SAW
pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa api neraka. (
Bagaimana pula kepada mereka yang membunuh kucing ? Sudah terang lagi bersuluh )
Baginda menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis
bahkan diperbolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minuman kucing
kerana dianggap suci.
Kenapa Rasulullah SAW yang tidak boleh membaca berani mengatakan
bahwa kucing suci, tidak najis?
Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak
terdapat najis?

- Kucing begitu manja dengan tuannya..kalu time nk mkn..mula la buat muka sposen~ala tomeynya...
- Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk mencegah unsur-unsur bakteria.
- Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dirinya dengan sentuhan otot manusia.
- Permukaan lidah kucing ditutupi dengan pelbagai ketulan kecil,ketulan ini mempunyai permukaan yang tidak rata seperti kikir atau gergaji.ia sangat berguna untuk membersihkan kulitnya dari segala kotoran.
- Selain itu, cuba anda perhatikan ketika ia minum, tidak ada setitis air pun yang jatuh daripada lidahnya. Ia juga merupakan alat pembersih dimana permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
*Dulu Arfah ade sekor kucing...nme kucing Arfah "KETOK"...hahahaha..pelikkan...nme kucing tu "KETOK" sbb ekor dia pendek..adik Arfah sayang sangat2 kt "KETOK" tpi sayang..."KETOK" dh mati...tu la kucing yg paling lama kot duk ngn famili Arfah..xee sekor kucing pun yg dpt menandingi "KETOK" slps "KETOK" mati..Arfah suka baby kucing sbb comel..kalu dh mak bapak..Arfah xsuka sangat hehehehe...

No comments:
Post a Comment