My Arfah Blog

Wahai Tuhanku...ku tak layak ke syurgaMU...namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..ampunkan dosaku terimalah taubatku..sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku...

"Kenapa doaku tidak termakbul"


Assalamualaikum sahabat...
Apa khabar? Semoga sihat dan ceria2 selalu...
Sedikit prkongsian dri hamba yg naif  dalam entri kali ini mengenai “Kenapa doaku tidak termakbul”
Harap-harap sahabat sudi baca....anggaplah ia  sbgai renungan (juga utk sy)

Sejak kecil,mak,ayah kita tntu akan mengajar kita  supaya berdoa...kalu bkn mak ayah..mungkin atok,nenek,ayah angkt,mak angkat...sesiapa sahaja yg mnjaga kita..xkira org tu ada pertalian darah atau tidak dgn kita...msti diaorg kan mngajar kita untuk berdoa...malah setiap kali habis solat msti org yg mnjadi imam kita akan berdoa..doa dijadikan amalan,bukan budaya...ia dijadikan tuntutan agama dan kita perlu faham kenapa kita berdoa...Adalah lebih elok setiap perkara yg kita buat bersertakan dengan doa...
Masa yang berputar sedikit sebanyak merubah diri kita...solat mula berjauhan dari diri...doa pun kadang-kadang laju je..itu smua krana sibuk mngejar perkara lain..otak ligat berputar memikirkan FB,YM,citer2 best,ajakan kawan,assigment..dan mcm2 lagi..sehingga berdoa dirasakan satu prkara yang tidak penting...




Semakin lama,semakin malas untuk berdoa..(sombongnya hamba yang naif ni)..
doa tidak lgi dijadikan amalan...diri mersakan  smua yg dikehendaki  sudah dapat..
makan minum cukup,pakaian cukup,belajar dah pandai,ilmu dah tinggi..duit melimpah ruah..apa lgi yang perlu..perlu ke berdoa? Nak apa lagi? Hidup dah senang...(sombongnya hamba ALLAH diatas muka bumi ni)...berjalan dengan penuh megah..(dalam hati)..”Akulah orang yang paling hebat,paling gah” banyak duit,kaya raya...(angkuhnya..)

 Sahabat-sahabat semua (termasuk diri sy)

Mungkin kita merasakan hidup kita sudah cukup serba serbi...tapi pernahkah kita berfikir..smua tu xkan kita dpt tnpa bntuan ALLAH SWT... pernah atau tidak kita fikir tentang masa depan kita.Masa depan kita hanya ALLAH SWT yg tahu..kita hanya merancang ALLAH SWT yang menentukan segalanya.Baik buruk yang akn berlaku.. kita xkan tahu...pernah atau tidak kita berfikir mengenai jodoh kita,baik atau tidak..tentang result exam kita,tentang perkerjaan kita,soal kematian dan juga destinasi kita yang terakhir sebgai hambaALLAH..dimana kita akn ditempatkn..Neraka atau Syurga?(semoga kita ditempatkan di syurga..amin..)Adakah kita memikrkan itu semua?
Adakah kita...
  • Dah confirm kita dapat jodoh yang baik,comel,hensem?
  • Dah confirm  ke kita dapat pekerjaan yang menjamin?
  • Dah confirm  kita dapat result yang gempak?
  • Dah confirm kita akan bahagia tnpa masalah?
  • Dah confirm duit kita tu akn menjamin kita masuk syurga..almaklumlah bnyk menderma
"Kenapa doaku  tidak termakbul"

Ayat yang biasa diucapkan oleh kita apabila apa yang kita hajati tidak tercapai.
Siapa kata Allah tidak makbulkan doa kita?. Sahabat-sahabatku yang disayangi..apabila kita meminta seekor kupu-kupu..ALLAH SWT hadirkan kepada kita seekor beluncas...tahukah sahabat beluncas tersebut akan menjadi seekor kupu-kupu yang cantik... Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Tolonglah jangan buruk sangka dengan Allah.Kita berdoa minta dari ALLAH SWT dapat 10 A..tapi kita just dapat 7A,kita tak perlulah merungut,bersyukurlah ats kurnian ALLAH,muhasabah diri kita balik..kenapa kita xdapat 10 A...mungkin sebab..

1.Kita doa tidak ikhlas.
2.Niat belajar tidak betul.
3.Diri masih bergelumang dengan dosa.
4.Bila dapat 10 A, kita akan riak dan hanya menambahkan dosa

Apabila doa tidak termakbul..mulalah malas nk berdoa..Tahukah sahabat..ALLAH sudah mengantikan doa kita dengan benda yang lebih baik tanpa kita sedari.Diuji sikit dah merajuk..mulalah menyoal  “kenapa ALLAH SWT tak makbulkan doa aku”...
  • Tak cukup ke aku berdoa?
  • Tak cukup ke amalan aku?
  • Aku dah berdoa
  • Aku solat,cukup 5 waktu,siap solat sunat rawatib,sunat hajat,mcm2 lagi la..
tapi kenapa doa aku masih tak termakbul..."KENAPA?
janganlah berputus asa  apabila doa tidak termakbul...teruskan berdoa,lambat atau cepat..insyaALLAH ALLAH SWT akan makbulkan doa kita..anggap ALLAH SWT bagi ujian untuk kita kuat,cekal dan belajar menjadi yang lebih baik..bukan menyalahkan ALLAH SWT,bukan menyalahkan takdir ..wallahualam

Susahlah nak hafal doa

Doa dikatakn susah hanya kerana bahasa Arab...doa sebenarnya amatlah mudah..tidak memerlukan skrip..Berdoalah dalam bahasa apa pun,bahasa inggeris boleh,bahasa mandarin boleh,bahasa jowo pun boleh..ALLAH Maha Mengetahui..nk doa dlm loghat kelate pun boleh,loghat kedah pun boleh...loghat ganu pun boleh..bkpe xbolehnya..sokmo-sokmo doa gne loghat ganu pun xdop masalah...ALLAH SWT faham smua bahasa,smua loghat..ALLAH SWT kan pencipta kita..
Setiap apa yang kita hajatkan, berdoalah dengan bahasa yang mudah. Tiada salahnya. Malah tidak berdosa pun.

Berdoalah kepada ALLAH SWT
  • Ya ALLAH,ampunilah dosa kedua ibubapaku
  • Ya ALLAH,ampunkanlah hambamu yang jahil ini
  • Ya ALLAH,kurniakanlah jodoh yang soleh/solehah kepadaku.
  • Ya ALLAH, permudahkahlah urusanku hari ini
  • Ya ALLAH,mintok-mintolah hambamu ni boleh jawab exam molek esok
  • Ya ALLAH,kurniakanlah kesihatan kepadaku
  • Ya ALLAH,kurniakanlah kecermelangan dunia dan akhirat kepadaku


Sahabat-sahabat..berdoa mudah je kan,xperluber doa ikut skrip..dan tak jga memerlukan skrip, guna bahasa yang mudah difahami dan ringkas je.Amalkan setiap hari.Betapa ruginya kita jika tidak berdoa..doa itu penting..doa menghubungkan kita dengan ALLAH,apa yang kita sesali kita mengadu..apa yang kita hajati kita pohon.. Setiap apa yang kita ucapkan seharian juga adalah doa. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita ucapkan.Kalu berdoa tu jangan lupa doa untuk orang tua ke tau.....

Sahabat-sahabat yang kukasihi

Teruskan berdoa, jangan putus asa..insyaAllah akan dimakbulkan semuanya.cepat atau lambat je.Berdoalah sebanyak mungkin. Jangan malas. Jangan pula berdoa 24j jam tapi amal ibadat xbuat..Doa juga perlu disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh juga.DOA+ USAHA= KEJAYAAN

Haa...sahabat-sahabat..jangan pulak tahu berdoa je tapi usaha xde..kononya nk dapat 10 A dalam spm..tpi belajar xnak..malas..renung-renungkan
Dan selamat beramal ye....jumpa lagi kita dlm entri yg lain..insyaALLAH.

No comments:

Post a Comment